Kajian ini bertujuan menganalisis nas-nas Al-Quran yang ditujukan kepada ahli kitab yang terdahulu dan sekarang, serta menerangkan pendirian mereka terhadap nas-nas tersebut. Pendekatan Deskriptif dan Induktif telah digunakan, dimana tersebut telah dianalisis untuk mengenal pasti fakta dan fenomena yang berkaitan. Hasil kajian ini telah memperolehi beberapa fakta berikut: Teks Al-Quran adalah ditujukan kepada seluruh manusia di dunia ini telah menghuraikan seluruh aspek yang berkaitan dengan ahli kitab, dan ia telah menunjukkan jalan penyelesaian yang mudah bagi segala masalah mereka. Kajian juga mendapati bahawa ahli kitab sekarang mempunyai persamaan dengan ahli kitab yang terdahulu dari segi agama, akhlak dan tingkah laku. Mereka juga mempunyai pendirian yang negatif terhadap Al-Quran, sebab itulah mereka tidak mematuhi segala suruhan Allah Didapati juga Yahudi dan Nasrani masa kini lebih sesat berbanding moyang-moyang mereka terdahulu, sama ada dalam aspek syirik, mencela para nabi, memungkiri janji, dan bersikap melampau. Hasil kajian juga mendapati bahawa Yahudi dan Nasrani hingga hari ini masih mengubah teks Injil dan Taurah mereka, ini menyebabkan timbulnya perselisihan dan permusuhan di antara mereka. Injil dan Taurah mereka juga bercanggah dengan penemuan sains, berbeza dengan Al-Quran yang dijamin pemeliharaannya hingga kiamat oleh Allah S.W.T. walaupun mereka cuba untuk mengubahnya, tetapi gagal.
Kajian juga mendapati bahawa orang awam ahli kitab telah dipesongkan oleh pendita-pendita mereka, serta memburukkan kepada mereka agama Islam, hingga ramai yang hidup ateisme dan sekular. Sebenarnya mereka memerlukan dakwah lslamiah yang sejati, yang menerangkan kepada mereka tentang hakikat dan kepentingan Islam, agama seluruh para nabi dan rasul.